CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
PENDIDIKAN SENI DUNIAKU.....Seni Itu Indah.....

Followers

Saturday, 1 October 2011

satu malaysia

resepi kek gula hangus

 KEK GULA HANGUS

bahan2:

7 biji telur
3/4 tin susu pekat
2 sudu besar margerin
2 gelas gula pasir- hanguskan
2 gelas air
4 sudu teh soda bikarbonat
2 gelas tepung gandum
2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh air limau nipis

cara

hanguskan gula ngan air... ketepikan

pukul telur, susu n margerin

ayak tepung n soda bikarbonat

masukkan tepung sedikit demi sedikit dalam bancuhan telur tadi...

masukkan gula hangus

last sekali masukkan air limau

masuk dalam acuan n bakar sampai masak....

Friday, 30 September 2011

kata2 hikmah hari ini;MANA MILIK KITA?,,TIADA MILIK KITA,,,SEMUA YG ADA,ALLAH YG PUNYA,,TIADA KITA PUNYA,,KITA HANYA MENGUSAHAKAN SAJA,,APA YG KITA DAPAT,,,ALLAH SUDAH SEDIAKANNYA,,,KITA ALLAH PUNYA,,BUMI LANGIT CIPTAAN-NYA,,,JANGANLAH BERBANGGA MEMILIKI ALLAH PUNYA,,JIKA ALLAH TIDAK BERI,,KITA TIDAK PUNYA APA2..

Belajar matematik sambil menyanyi

Rumah Nombor

Mari kawan kita belajar
belajar rumah nombor
baik belajar rajin belajar
daripada tidur

Rumah SA rumah satu
satu digit sahaja
Rumah puluh lepas SA
dua digit nombornya

Rumah ratus lepas puluh
tiga digit nombornya
rumah ribu lepas ratus
empat digit nombornya

puluh ribu lepas ribu
lima digit nombornya
ratus ribu rumah enam
enam digit nombornya

rumah juta paling besar
tujuh digit nombornya
baik belajar rajin belajar
daripada terlena

teringat


Ilmu Panduan Hidup

itulah motto yang tertera dilogo sekolah rendah ku.
SK LINTANG.

cuba kita semua imbas apakah kita masih ingat
akan motto yang ada diawal persekolahan kita?

kadang-kadang jika kita merenung kebelakang ianya boleh
menjadi satu motivasi yang maha hebat dalam melaksanakan
tugasan yang diamanahkan dengan lebih baik....

p/s; apa kata kita semua letak dekat blog lencana
sekolah pertama kita....dahulu..sekadar mengenang
kembali........cuba la

Thursday, 29 September 2011

SALAM BLOGGER


Dunia tanpa sempadan....
Dunia umpama sebuah Kampung Besar..
Dunia ditalian.....

Pelbagai istilah atau pemahaman seseorang terhadap alam siber
untuk diadaptasikan didalam kehidupan seseorang itu. Isunya bukan
bagaimana cara dia mengadaptasi teknologi yang semakin canggih,
tetapi bagai mana seseorang itu berjaya menjadikan teknologi ini
sebagai batu loncatan untuk berjaya dalam menempuh alam realiti
yang penuh ranjau dan berduri ini.

Pandang disekeliling kita....rasanya tidak mungkin seseorang yang dikategorikan
didalam generasi X dan generasi Y tidak mempunyai laman sosial. Kita tidak boleh
merasa curiga atau menghalangnya tetapi kita boleh memberi panduan sebagai
pemudah cara dalam menggalakkan proses nilai-nilai murni dalam menempuh alam
maya ini.Penghasilan laman-laman blog yang membina masyarakat hendaklah
diperbanyakkan dalam proses mendidik ganerasi semasa agar lebih ampuh
dalam mengharung realiti dunia.

Usaha kecil...jika dilakukan penuh istiqamah insyallah ada barakahnya..

P/S: manusia punya cita....cita tidak mungkin
tercipta jika tiada usaha..